Antom, leading provider of tailored payment solutionsAntom, leading provider of tailored payment solutions

Polisi Privasi Antom untuk Perkhidmatan Peniaga (Malaysia)

Kami menyediakan perkhidmatan pemprosesan pembayaran, penyelarasan dan penyelesaian, dan perkhidmatan lain yang berkaitan kepada pelanggan kami di seluruh dunia (“Perkhidmatan Antom”). Notis Privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, dan berkongsi maklumat peribadi berhubungan dengan Perkhidmatan Antom.

Notis Privasi ini terpakai kepada:

  • pelawat laman web kami (termasuk https://www.antom.com) atau mana-mana orang lain yang mengubungi kami melalui telefon, e-mel atau cara lain (“Pelawat”).
  • pelanggan yang mendaftar dan/atau menggunakan Perkhidmatan Antom (“Pelanggan”). Ini mungkin termasuk saudagar, platform, dan sub saudagar (contohnya jika anda mempunyai akaun atas platform);
  • pengguna yang akan menjalankan perniagaan dengan, atau terlibat dalam transaksi dengan Pelanggan, seperi mereka yang membeli barang dan perkhidmatan daripada Pelanggan dengan menggunakan Perkhidmatan Antom untuk pemprosesan pembayaran (“Pengguna Akhir”); dan
  • personel, pegawai dan orang yang berkaitan dengan Pelanggan kami dan rakan kongsi lain (“Wakil”) di mana maklumat peribadi mereka dibekalkan kepada kami berkaitan dengan Perkhidmatan Antom.

Melainkan dinyatakan sebaliknya atau konteks memerlukan sebaliknya, rujukan kepada “anda” bertujuan untuk merujuk kepada Pelawat, Pelanggan, Pengguna Akhir dan/atau Wakil, dan rujukan kepada “Antom” atau “kami” dalan Notis Privasi ini merujuk kepada Alipay Singapore E-Commerce Private Limited, Alipay (Europe) Limited S.A., AUS Merchant Services, Inc., Alipay (UK) Limited dan syarikat bersekutu lain yang terlibat dalam menyediakan Perkhidmatan Antom kepada anda (setiap satu “Ahli Gabungan” dan secara kolektif dirujuk sebagai “Kumpulan”).

1. APAKAH MAKLUMAT PERIBADI YANG KAMI KUMPUL MENGENAI ANDA?

Kami mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi tentang anda, termasuk apabila anda berinteraksi dengan kami, mendaftar untuk pembukaan akaun, menghubungi kami secara langsung berkenaan dengan sebarang pertanyaan atau sebaliknya berkomunikasi dengan kami, menggunakan Perkhidmatan Antom untuk membuat pembelian atau sebaliknya menjalankan transaksi kewangan, atau sebaliknya melawati atau menggunakan Perkhidmatan Antom kami.

Kami mungkin mengumpul maklumat peribadi berikut tentang anda:

  • butiran peribadi asas anda, termasuk nama pertama dan akhir, tarikh lahir, dan salinan dokumen identiti kerajaan anda (cth., pasport, lesen memandu atau nombor keselamatan sosial);
  • maklumat perhubungan, termasuk alamat, nombor telefon, e-mel atau maklumat lain yang membenarkan kami menghubungi anda;
  • maklumat akaun, seperti kaedah pembayaran dan butiran kad pembayaran yang digunakan untuk menyelesaikan transaksi dengan saudagar;
  • berkaitan dengan Wakil:
    • salinan dokumen identiti kerajaan dan peranan serta hubungan dengan Pelanggan atau rakan kongsi yang berkaitan;
    • butiran pendaftaran syarikat, seperti butiran asas benefisiari muktamad dan butiran pengesahan akaun untuk melengkapkan semakan “kenali perniagaan anda” atau “kenali pelanggan anda” seperti yang dikehendaki oleh undang-undang tempatan;
    • maklumat kewangan dan maklumat pengenalan cukai;
  • butiran transaksi, seperti saudagar yang berurusan dengan anda, jumlah yang dibayar, butiran produk dan/atau perkhidmatan yang dibeli, dan maklumat yang berkaitan dengan permintaan untuk caj balik dan/atau bayaran balik;
  • butiran tentang pilihan pemasaran yang telah anda berikan kepada kami (seperti permintaan untuk menerima atau tidak menerima jenis komunikasi pemasaran tertentu);
  • salinan komunikasi dengan atau tentang anda; dan
  • maklumat penggunaan, peranti, dan teknikal berikut:
    • maklumat tentang peranti yang anda gunakan untuk berinteraksi dengan kami dan perkhidmatan kami (termasuk alamat IP, lokasi geografi, jenis dan model peranti, resolusi skrin, versi aplikasi, bahasa peranti, kod pengenalan peranti dan ciri/data lain yang boleh digunakan untuk mengenal pasti peranti), dan
    • maklumat daripada lawatan anda ke laman web atau aplikasi mudah alih kami, dan interaksi anda dengan e-mel atau komunikasi lain kami. Maklumat ini termasuk sejarah pelayar, penglibatan produk, tempoh lawatan/penggunaan, paparan halaman dan sebarang istilah carian yang anda gunakan, alamat IP atau pengecam unik lain, jenis dan versi pelayar/platform, pembekal perkhidmatan internet, sistem operasi, sumber rujukan/halaman keluar, operasi peranti, maklumat sesi, identiti peranti, ejen pengguna, log peranti sekiranya berlaku laporan kemalangan atau ralat dan pengecam unik yang disimpan dalam kuki dan maklumat yang berkaitan dengan kuki yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan yang anda minta atau yang membantu kami mengukur dan menambah baik laman kami.

Seperti yang dinyatakan di atas, kami mengumpul maklumat peribadi yang mungkin dianggap sensitif dalam bidang kuasa tertentu. Khususnya, jika kami mengumpul makumat passport anda, maklumat kad pembayaran anda, atau maklumat kewangan dan maklumat pengenalan cukai anda, anda mungkin mempunyai hak dan perlindungan tambahan berkenaan dengan maklumat peribadi sensitif tersebut di bawah undang-undang perlindungan data tertentu.

Kami akan menyatakan sama ada penyediaan maklumat peribadi adalah wajib atau pilihan. Jika anda tidak memberikan maklumat peribadi wajib kepada kami, anda mungkin tidak boleh menggunakan perkhidmatan Antom.

2. BAGAIMANA KAMI MENDAPATKAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Kami mengumpul maklumat peribadi di atas (termasuk maklumat peribadi sensitif, jika ada) daripada pelbagai sumber, sama ada secara langsung daripada anda atau secara tidak langsung, seperti yang dinyatakan di bawah.

Kami mengumpul maklumat peribadi secara langsung daripada anda apabila anda memberikannya kepada kami berkaitan dengan Perkhidmatan Antom. Sebagai contoh, kami mengumpul maklumat peribadi anda apabila anda bertanya atau mendaftar untuk menggunakan mana-mana Perkhidmatan Antom, menandatangani perjanjian dengan kami, memberikan maklumat peribadi anda semasa proses onboarding saudagar, log masuk ke akaun anda untuk menggunakan Perkhidmatan Antom di laman kami, atau apabila anda berkomunikasi dengan kami melalui e-mel, telefon, SMS, atau sebarang cara elektronik lain.

Kami juga menerima maklumat peribadi tentang anda daripada sumber berikut:

  • Pelanggan dan pihak ketiga lain yang menyokong keupayaan untuk membuat pembayaran dan menjalankan transaksi melalui Perkhidmatan Antom atau sebaliknya;
  • Syarikat bersekutu;
  • pembekal yang menyediakan perkhidmatan bagi pihak kami;
  • bank, persatuan kad, rangkaian pembayaran, institusi pemeroleh dan institusi kewangan lain yang kami bekerjasama untuk memberikan anda Perkhidmatan Antom;
  • pihak ketiga untuk tujuan pemantauan dan pencegahan penipuan, atau tujuan lain yang dikehendaki oleh undang-undang;
  • berhubung dengan Wakil, daripada Pelanggan atau rakan kongsi yang berkaitan; dan
  • sumber yang tersedia untuk umum.

Kami mungkin menggabungkan maklumat yang kami ada tentang anda daripada pelbagai sumber, termasuk maklumat yang anda berikan kepada kami.

Sila rujuk bahagian Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi Anda di bawah untuk butiran lanjut.

3. BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Kami menggunakan maklumat peribadi anda (termasuk maklumat peribadi sensitif, jika ada) untuk memberikan anda Perkhidmatan Antom. Secara lebih khusus, kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan berikut:

  • untuk melaksanakan hak dan pelaksanaan obligasi di bawah, dan menguruskan pematuhan dengan, perjanjian kami dan dokumentasi Antom yang berkaitan;
  • memproses, menyelenggara dan mengurus pendaftaran anda dengan perkhidmatan kami;
  • menyediakan anda dengan Perkhidmatan Antom dan perkhidmatan berkaitan, termasuk membolehkan dan menjalankan transaksi, menyesuaikan pengalaman pengguna anda, membolehkan penerimaan tambah nilai baki, hasil pembayaran dan pembayaran pihak ketiga, memudahkan penyelesaian pembayaran untuk barangan dan perkhidmatan dan menyediakan lain-lain perkhidmatan penyelesaian dana, mengendalikan penukaran tukaran mata wang asing, caj balik, dan menghantar notis tentang transaksi;
  • untuk menjawab pertanyaan, maklum balas, tuntutan atau pertikaian anda (termasuk menyelesaikan pertikaian pembayaran) atau sebaliknya memberikan sokongan dan perkhidmatan pelnaggan;
  • menghubungi anda berhubung dengan penyediaan Perkhidmatan Antom kami, menghubungi anda berkaitan dengan sebarang pilihan komunikasi atau permintaan yang telah anda nyatakan, meminta maklum balas anda tentang Perkhidmatan Antom atau produk dan perkhidmatan lain yang berkaitan, mengumpul maklum balas daripada anda dan kakitangan anda tentang produk kami dan perkhidmatan dan menggunakan maklum balas sedemikian untuk meningkatkan perniagaan kami dan/atau menyesuaikan produk dan perkhidmatan, dan menghubungi anda untuk tujuan undang-undang;
  • untuk mengendalikan aktiviti pemasaran dan pengiklanan (termasuk pameran perdagangan dan acara promosi), dan menghantar pengiklanan atau maklumat lain tentang produk dan perkhidmatan kami kepada anda;
  • untuk tujuan keselamatan, pengesahan dan kawalan risiko, termasuk untuk mengesahkan identiti anda, mengesahkan kelayakan anda sebagai pengguna Perkhidmatan Antom, menguruskan risiko anti penggubahan wang haram dan penipuan, untuk melaksanakan semakan kepercayaan kredit dan kesolvenan, menilai, mengesan, menyiasat, mencegah atau membetulkan penipuan, pelanggaran data atau aktiviti lain yang berpotensi yang dilarang atau menyalahi undang-undang dan pelanggaran perjanjian dan dasar kami, piawaian industri, garis panduan, undang-undang dan peraturan, dan sebaliknya melindungi integriti dan mengekalkan keselamatan perkhidmatan, produk dan platform kami, untuk melindungi hak atau harta benda kami dan orang lain untuk mengelakkan sebarang bahaya atau kerugian kewangan kepada kami atau orang lain;
  • berhubung dengan Perwakilan, (i) untuk menjalankan pemeriksaan "kenali pelanggan anda" dan untuk tujuan onboarding dan usaha wajar; (ii) untuk mengurus dan membangunkan hubungan dengan Pelanggan atau rakan kongsi; dan (iii) untuk berkomunikasi dengan Pelanggan atau rakan kongsi;
  • membuat penzahiran sebagaimana yang mungkin diperlukan oleh mana-mana peraturan, undang-undang atau peraturan, pihak berkuasa kawal selia, pegawai kerajaan, persatuan kad atau rangkaian pembayaran lain. Penzahiran sedemikian juga boleh dibuat menurut mana-mana sepina, perintah mahkamah atau proses undang-undang lain atau keperluan kontrak atau komersial yang terpakai kepada kami atau mana-mana Ahli Gabungan (termasuk "kenali pelanggan anda", pencegahan pengubahan wang haram, pelaporan pembiayaan anti-pengganas, keperluan cukai atau pertikaian komersial lain);
  • menambah baik dan mengoptimumkan Perkhidmatan Antom, menjalankan penyelidikan, analisis statistik, analitik, perancangan perniagaan dan tujuan risikan perniagaan untuk memahami cara pengguna seperti anda melihat produk dan perkhidmatan kami, arah aliran industri, corak penggunaan dan faktor lain yang mungkin menjejaskan perniagaan kami;
  • untuk menguruskan perniagaan kami, termasuk untuk tujuan penyediaan bil, invois, pengurusan akaun, penyelarasan, pengumpulan, tujuan audit dan pelaporan dalaman;
  • untuk penubuhan, pelaksanaan atau pembelaan tuntutan undang-undang atau potensi tuntutan bagi pihak kami atau Ahli Gabungan kami, untuk tujuan prosiding undang-undang, untuk tujuan pematuhan, pengawalseliaan dan penyiasatan;
  • untuk sebarang cadangan atau penggabungan sebenar, pemerolehan, penyusunan semula korporat, pembiayaan, usaha sama, penyerahan hak, pemindahan, pelupusan atau transaksi serupa, termasuk penjualan perniagaan, aset atau saham;
  • untuk mematuhi undang-undang, peraturan, kod tata kelakuan dan keperluan amalan dan kelakuan baik yang lain, dan sebarang keperluan atau peraturan yang dikenakan oleh skim pembayaran; dan
  • untuk tujuan-tujuan lain yang akan kami maklumkan pada masa pengumpulan.

4. DENGAN SIAPA KAMI BERKONGSI MAKLUMAT PERIBADI ANDA?

Kami berkongsi maklumat peribadi anda (termasuk maklumat peribadi sensitif, jika ada) untuk tujuan yang dinyatakan dalam bahagian Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi Anda di atas, dengan kategori penerima berikut:

  • Ahli Gabungan kami;
  • Pelanggan yang memberikan anda produk, perkhidmatan dan tawaran lain pada atau melalui Perkhidmatan Antom;
  • mana-mana ejen, kontraktor, vendor atau pembekal perkhidmatan yang kami bekerjasama dalam menyediakan Perkhidmatan Antom. Kami menetapkan senarai ejen, kontraktor, vendor dan penyedia perkhidmatan sedemikian di sini;
  • pembekal perkhidmatan yang dipilih oleh anda;
  • pihak ketiga di mana anda telah mengarahkan kami untuk berkongsi maklumat dengan mereka;
  • bank, persatuan kad, rangkaian pembayaran atau institusi pemeroleh, dan institusi kewangan lain yang terlibat dalam pemprosesan pembayaran dan menjalankan transaksi melalui Perkhidmatan Antom;
  • agensi penguatkuasaan undang-undang, penanggung insurans, pihak berkuasa kerajaan dan kawal selia atau penyeliaan atau mana-mana organisasi lain yang kami, atau mana-mana Ahli Gabungan atau penyedia perkhidmatan kami, berada di bawah obligasi untuk membuat penzahiran di bawah keperluan mana-mana undang-undang, peraturan, kod tata kelakuan yang terpakai atau amalan baik atau keperluan kelakuan atau pengaturan komersial;
  • pihak yang berkaitan dengan prosiding litigasi dan penilaian tuntutan atau pertikaian, termasuk mahkamah;
  • individu dan entiti yang terlibat dalam sebarang penggabungan, pemerolehan, penyusunan semula korporat, pembiayaan, atau transaksi serupa dengan kami, termasuk sekiranya berlaku penjualan semua atau sebahagian aset kami; dan
  • penasihat profesional kami dan orang-orang lain (cth., peguam, akauntan, juruaudit dan pemegang amanah).

Lihat bahagian Bagaimana Kami Menyimpan Dan Melindungi Maklumat Peribadi Anda? untuk maklumat tentang berapa lama kami menyimpan maklumat peribadi anda dan cara kami cuba memastikan maklumat peribadi anda selamat apabila menyimpannya atau berkongsi dengan orang lain.

5. BAGAIMANA KAMI MENYIMPAN DAN MELINDUNGI MAKLUMAT PERIBADI ANDA?

Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda (termasuk maklumat peribadi sensitif, jika ada) mengikut dasar kami dan selagi perlu untuk membekalkan anda dengan Perkhidmatan Antom atau tujuan lain seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini. Selain itu, kami mungkin menyimpan maklumat peribadi anda (atau maklumat peribadi sensitif, jika ada) untuk tempoh yang lebih lama (termasuk selepas anda tidak lagi menjadi pengguna perkhidmatan kami) jika perlu untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang terpakai kepada kami. Kriteria yang kami gunakan untuk menentukan tempoh penyimpanan yang sesuai ialah:

  • keperluan kawal selia yang kami tertakluk kepada;
  • sama ada tuntutan undang-undang boleh diambil terhadap kami;
  • keperluan maklumat untuk menyediakan Perkhidmatan Antom;
  • jenis, sifat dan sensitiviti maklumat peribadi anda sedang diproses; dan
  • asas undang-undang untuk pemprosesan – cth., persetujuan.

Kami menggunakan pelbagai langkah keselamatan dan teknologi yang direka untuk membantu melindungi maklumat peribadi anda daripada sebarang akses, penggunaan, penzahiran, pengubahan atau pemusnahan tanpa kebenaran, selaras dengan undang-undang dan peraturan perlindungan data dan privasi yang terpakai.

6. APAKAH ASAS UNDANG-UNDANG KAMI UNTUK MENGUMPUL DAN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA?

Kami mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda menurut satu atau lebih asas undang-undang yang dinyatakan di bawah (dan jika berkenaan, di bawah mana-mana asas undang-undang lain yang dibenarkan di bawah perundangan perlindungan data yang berkaitan).

  • Untuk pelaksanaan mana-mana kontrak yang anda adalah salah satu pihak.
  • Untuk mematuhi obligasi undang-undang dan peraturan.
  • Dengan persetujuan anda – contohnya apabila anda memberi persetujuan kepada penggunaan kuki kami untuk mengukur dan menambah baik laman. kami.
  • Untuk kepentingan yang sah:
    • untuk mengendalikan, memasarkan dan menambah baik perniagaan kami dan meminimumkan sebarang gangguan kepada Perkhidmatan Antom yang mungkin kami tawarkan kepada anda;
    • untuk memastikan keselamatan Perkhidmatan Antom dan untuk melindungi kami, kakitangan kami, pengguna dan orang lain daripada fraud atau jenayah lain atau kelakuan serupa;
    • untuk mematuhi kod tata kelakuan, kod tata amalan dan prinsip kelakuan baik yang serupa yang tidak mempunyai kuasa undang-undang di negara tempat kami beroperasi, tetapi hemah digunakan oleh Kumpulan;
    • untuk menghantar komunikasi berkaitan perkhidmatan dan komunikasi pemasaran/promosi kepada anda, untuk membolehkan komunikasi kami dengan anda lebih relevan dan diperibadikan kepada anda, dan untuk menjadikan pengalaman anda tentang produk dan perkhidmatan kami cekap dan berkesan;
    • untuk memindahkan maklumat peribadi anda ke peringkat antarabangsa (termasuk ke Singapura, Kawasan Ekonomi Eropah, Amerika Syarikat, Malaysia dan China) untuk menampung infrastruktur teknikal kami dan sebagai sebahagian daripada struktur perniagaan kami, termasuk hasil daripada undang-undang dan peraturan yang terpakai untuk kami dan Ahli Gabungan lain serta tuntutan atau prosiding undang-undang yang melibatkan kami atau Ahli Gabungan lain; dan
    • untuk tujuan lain termasuk yang dinyatakan dalam seksyen 3.

Walau bagaimanapun, dalam kes di mana kami ingin menggunakan maklumat peribadi anda untuk kepentingan sah kami, kami mempertimbangkan dengan teliti kedudukan tersebut dan kami tidak akan teruskan jika kami percaya kepentingan atau hak asasi dan kebebasan anda yang berkaitan dengan maklumat peribadi anda akan diprejudiskan.

7. PEMINDAHAN ANTARABANGSA MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Kami adalah perniagaan global dan maklumat anda mungkin diproses di luar negara tempat tinggal anda. Negara lain ini mungkin mempunyai peraturan perlindungan data yang berbeza daripada peraturan di negara anda. Tidak kira di mana maklumat anda diproses, kami mengambil langkah untuk mematuhi undang-undang perlindungan data yang berkaitan dengan pemindahan tersebut.

Jika anda berada di EEA, UK atau Switzerland, sebarang pemindahan data anda ke negara ketiga akan mengikut klausa perlindungan data standard yang diluluskan oleh Suruhanjaya Eropah atau diluluskan di bawah undang-undang perlindungan data UK atau Switzerland (sering dipanggil "SCC"), atau kaedah sah lain yang tersedia untuk kami di bawah undang-undang yang terpakai. Anda boleh mendapatkan maklumat tentang SCC di sini.

8. PILIHAN DAN HAK PRIVASI ANDA MENGENAI MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Selaras dengan undang-undang dan peraturan perlindungan data dan privasi yang terpakai, anda mungkin berhak untuk:

  • bertanya kepada kami tentang pemprosesan maklumat peribadi anda dan mengaksesnya, termasuk dengan meminta kami memberikan anda salinan maklumat peribadi anda;
  • meminta pembetulan dan/atau kemas kini maklumat peribadi anda;
  • meminta pemadaman maklumat peribadi anda;
  • meminta sekatan pemprosesan maklumat peribadi anda, atau membantah pemprosesan itu;
  • menarik balik persetujuan anda untuk pemprosesan maklumat peribadi anda (di mana kami memproses maklumat peribadi anda berdasarkan persetujuan anda);
  • memilih keluar daripada pemasaran e-mel dan komunikasi lain tertentu. Anda boleh menguruskan resit komunikasi pemasaran anda dengan mengklik pada pautan "Nyahlanggan" yang terletak di bahagian bawah mana-mana e-mel pemasaran Antom dan/atau mengikut arahan yang terdapat pada mana-mana halaman yang pautan itu boleh bawa anda. Sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh memilih keluar daripada menerima e-mel pentadbiran, sokongan atau transaksi;
  • meminta penerimaan atau penghantaran kepada organisasi lain, dalam bentuk yang boleh dibaca mesin, maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami di mana kami menggunakan maklumat peribadi anda berdasarkan persetujuan atau pelaksanaan kontrak; dan
  • mengadu kepada pihak berkuasa penyeliaan yang berkaitan.

Jika anda seorang Pengguna yang bertempat di Amerika Syarikat, anda juga mungkin berhak untuk:

  • Akses/Hak untuk Mengetahui: Anda boleh meminta: (i) salinan mudah alih bahagian khusus maklumat peribadi anda yang telah kami kumpulkan; (ii) senarai kategori maklumat peribadi (dan maklumat peribadi sensitif) yang telah kami kumpulkan tentang anda; (iii) senarai kategori sumber dari mana maklumat tersebut dikumpul; (iv) senarai kategori maklumat yang kami jual atau zahirkan untuk tujuan perniagaan tentang anda; (v) senarai kategori pihak ketiga yang kepadanya maklumat itu dijual atau dizahirkan untuk tujuan perniagaan; dan/atau (vi) tujuan perniagaan atau komersial untuk mengumpul dan menjual maklumat anda;
  • Pemadaman: Anda boleh meminta kami memadamkan maklumat peribadi yang telah kami kumpulkan tentang anda, tertakluk kepada pengecualian tertentu.
  • Jangan Jual atau Kongsi Maklumat Peribadi Saya untuk Pengiklanan Tingkah Laku (Behavioral Advertising): Kami tidak "menjual" maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga untuk pertimbangan kewangan. Anda boleh menarik diri daripada kuki analitik seperti yang dijelaskan di bawah.
  • Betulkan atau Kemas Kini Maklumat Peribadi Anda: Anda mempunyai hak untuk meminta kami membetulkan, mengemas kini atau mengubah suai maklumat peribadi yang kami kekalkan tentang anda.
  • Hadkan Penggunaan dan Perkongsian Maklumat Peribadi Sensitif Anda: Berhubung dengan sebarang maklumat peribadi sensitif yang dikenal pasti dalam bahagian 1 di atas, anda boleh meminta kami mengehadkan penggunaan dan perkongsian maklumat tersebut kepada penggunaan yang diperlukan untuk melaksanakan Perkhidmatan Antom atau sebaliknya yang dibenarkan oleh undang-undang perlindungan data yang berkaitan.

Sila ambil perhatian bahawa hak ini tidak mutlak dan tertakluk kepada beberapa pengecualian dan kelayakan yang bermakna ia mungkin bukan sentiasa terpakai.

Menyerahkan Permintaan Hak Privasi: Jika anda ingin menggunakan hak privasi anda, hubungi kami menggunakan butiran yang ditetapkan dalam bahagian Hubungi Kami di bawah. Jika anda ingin menarik balik persetujuan penggunaan kuki analitik kami, notis kuki kami menerangkan cara untuk melakukan ini.

Apabila anda diberi pilihan untuk berkongsi maklumat peribadi anda dengan kami, anda sentiasa boleh memilih untuk tidak berbuat demikian. Jika kami telah meminta persetujuan anda untuk memproses dan anda kemudian memilih untuk menarik baliknya, kami akan menghormati pilihan itu mengikut obligasi undang-undang kami.

Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan kami atau menarik balik persetujuan anda terhadap penggunaannya oleh kami, ini mungkin bermakna kami tidak dapat melakukan tindakan yang perlu untuk mencapai tujuan pemprosesan yang diterangkan (lihat bahagian Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi Anda) atau anda tidak dapat menggunakan perkhidmatan dan produk yang ditawarkan oleh kami. Selepas anda memilih untuk menarik balik persetujuan anda, kami mungkin boleh terus memproses maklumat peribadi anda setakat yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang atau peraturan perlindungan data dan privasi yang terpakai.

Tanpa Diskriminasi: Jika anda menegaskan mana-mana hak privasi di atas, kami akan terus melayan anda secara adil dan tanpa diskriminasi. Jika anda menegaskan hak anda di bawah Notis Privasi ini, anda tidak akan dinafikan atau dikenakan harga atau kadar yang berbeza untuk Perkhidmatan Antom, atau memberikan tahap atau kualiti barang atau perkhidmatan yang berbeza daripada yang lain.

Pengesahan Identiti Anda: Bergantung kepada jenis permintaan anda, kami akan meminta anda untuk mengenal pasti maklumat dan cuba memadankannya dengan maklumat yang kami kekalkan tentang anda untuk mengesahkan identiti anda. Bukan semua jenis permintaan di atas akan tertakluk pada pengesahan. Jika kami tidak dapat mengesahkan identiti anda dengan tahap kepastian yang diperlukan, kami tidak akan dapat membalas permintaan anda. Kami akan memaklumkan anda tentang asas penafian.

Ejen Yang Diberikuasa: Anda boleh melantik ejen untuk menghantar permintaan bagi pihak anda. Apabila menghantar permintaan melalui kaedah yang diterangkan di atas, ejen mesti mengenal pasti dirinya sebagai ejen yang telah diberikuasa oleh anda. Bergantung kepada jenis permintaan yang dikemukakan, kami mungkin meminta pengesahan tambahan untuk mengesahkan anda telah membenarkan ejen untuk bertindak bagi pihak anda.

9. TAMBAHAN PENZAHIRAN PRIVASI CALIFORNIA

Untuk tujuan Akta Privasi Pengguna California (“CCPA”) dan Akta Hak Privasi California (“CPRA”), sila ambil perhatian juga maklumat khusus berikut tentang bagaimana kami mengumpul, menggunakan dan berkongsi maklumat peribadi penduduk California:

  • Bergantung kepada interaksi kami dengan anda, kami mungkin mengumpul, menggunakan dan menzahirkan untuk tujuan perniagaan dan komersial kami kategori maklumat peribadi berikut yang dinyatakan dalam CCPA dan CPRA: pengecam; maklumat rekod pembayaran dan pelanggan; maklumat komersial; internet atau maklumat aktiviti rangkaian elektronik lain; dan maklumat peribadi yang sensitif. Lihat bahagian 1 di atas untuk butiran lanjut.
  • Kami mengumpul dan menggunakan kategori maklumat peribadi di atas untuk tujuan perniagaan dan komersial yang diterangkan dalam bahagian 3 di atas.
  • Kami mengumpul kategori maklumat peribadi tersebut daripada sumber yang diterangkan dalam bahagian 2 di atas.
  • Kami mungkin menzahirkan setiap kategori maklumat peribadi ini kepada kategori pihak ketiga seperti yang diterangkan dalam bahagian 4 di atas.

10. BAGAIMANAKAH KAMI MEMPROSES MAKLUMAT PERIBADI TENTANG KANAK-KANAK?

Perkhidmatan kami tidak ditujukan kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, Antom juga tidak akan, dengan sengaja, mengumpul maklumat daripada kanak-kanak di bawah 18 tahun. Jika anda berumur di bawah 18 tahun, sila jangan gunakan Perkhidmatan Antom atau serahkan sebarang maklumat peribadi kepada kami.

Jika anda, bertindak sebagai penjaga kanak-kanak, mempunyai soalan yang berkaitan berkenaan dengan maklumat peribadi kanak-kanak, sila hubungi kami menggunakan butiran yang dinyatakan dalam bahagian Hubungi Kami di bawah.

11. PERKHIDMATAN DAN LAMAN PIHAK KETIGA

Kami mungkin menyediakan pautan ke laman web dan perkhidmatan pihak ketiga (termasuk laman saudagar dalam talian lain) untuk kemudahan dan maklumat anda. Perkhidmatan dan laman web ini mungkin beroperasi secara bebas daripada kami. Perkhidmatan dan laman web yang dipautkan mungkin mempunyai notis atau dasar privasi mereka sendiri, yang kami amat sarankan anda untuk semak jika anda melawati mana-mana perkhidmatan dan laman web yang dipautkan. Setakat mana-mana laman web dan perkhidmatan yang dipautkan yang anda lawati yang tidak dimiliki atau dikawal oleh kami, kami tidak bertanggungjawab untuk (i) kandungan laman web atau perkhidmatan tersebut, (ii) sebarang penggunaan perkhidmatan atau laman web tersebut oleh anda, atau (iii) amalan privasi perkhidmatan atau laman web tersebut.

12. PERUBAHAN PADA NOTIS PRIVASI INI

Kami mungkin menukar, meminda atau menyemak Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Kami akan memaklumkan kepada anda tentang sebarang perubahan substantif atau material dalam Notis Privasi ini melalui gabungan kemas kini halaman web ini, menghantar pemberitahuan segera (push notifications), e-mel atau surat, melalui telefon atau dengan mengeluarkan pengumuman di laman web kami. Anda boleh menyemak Notis Privasi ini pada bila-bila masa di halaman utama laman web kami.

Apabilah telah disiarkan di laman web kami, Notis Privasi baharu akan berkuat kuasa serta-merta melainkan dinyatakan sebaliknya.

13. HUBUNGI KAMI

Jika anda mempunyai sebarang soalan, permintaan, pertanyaan atau kebimbangan berkenaan dengan Notis Privasi ini, atau ingin menggunakan hak privasi data yang dinyatakan di sini, sila hubungi kami seperti berikut:

E-mel: Privacy-OpenPlatform@antom.com

Nombor Hubungan: +65 6022 2770

Seperti yang dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai, sila ambil perhatian bahawa kami mungkin mengambil langkah untuk meminta anda memberikan maklumat lanjut untuk mengesahkan identiti anda sebelum memberi anda akses kepada maklumat atau bertindak atas permintaan anda untuk menjalankan hak anda.